5 Pendapat dan Fatwa Ulama: Pakai Tudung ialah Pilihan Bukan Wajib

Masyarakat Islam telah diajar dari kecil untuk berpegang pada sesuatu syariat tanpa mengetahui perdebatan disebalik sesebuah pensyariatan. Tidak pelik kerana kita sering dimarahi dan dikafirkan jika mempersoalkan sesuatu perkara, seolah-olah akal fikiran tidak ada gunanya.

Pemakaian tudung bukanlah wajib bagi segelintir Ulama yang mengkaji dan mendalami Islam secara syumul, bukan berasaskan teks literal agama semata tetapi aspek lain seperti politik dan sosial diambil kira secara kritis. Tuduhan “menafsir mengikut hawa nafsu” ataupun “tidak mempunyai kelayakan” tidak timbul, kerana Ulama yang dirujuk ialah lelaki dan adapun perempuan, mereka juga memakai tudung berpendidikan agama tinggi.

Sheikh Mustapha Mohamed Rashed

Pada tahun 2012, Ulama Universiti Al Azhar, Sheikh Mustapha Mohamed Rashed mempertahankan sebuah thesis calon PhD yang mengatakan pemakaian hijab bukanlah satu kewajipan dalam Islam. Sheikh Mustapha juga menekankan bahawa Al Quran tidak pernah menyebut perkataan “menutup kepala” dan bersetuju bahawa Ulama sebelumnya telah bercanggah dengan kehendak maqasid syariah dan tafsir yang sahih.

Majoriti Ulama terdahulu juga menolak penggunaan alasan munasabah, menyimpang dari Al Minhaj As sahih atau jalan benar dalam menafsirkan ayat-ayat Allah mengikut konteks sejarah dan Asbab An Nuzul atau sebab penurunan ayat Al Quran. Dalam hal ini, Ijtihad Ulama sentiasa terbuka untuk memastikan ilmu pengetahuan Islam berkembang dan menepati cabaran semasa.

Dr. Abou El Fadl

Dr. Abou El Fadl menjelaskan di dalam fatwanya mengenai “kebenaran untuk tidak memakai tudung”, menjelaskan bahawa penafsiran ayat Al Quran tentang hijab perlu dibaca mengikut konteks masyarakat dan budaya. Perintah Allah supaya berpakaian sopan, menundukkan pandangan dan tidak menayangkan hiasan peribadi berbeza mengikut penerimaan sesebuah masyarakat dan budaya. Apa yang diamalkan oleh masyarakat arab tidak semestinya terpakai pada masyarakat lain.

Malah dari segi sejarah dan syariat agama lain, pemakaian tudung sudah lama termaktub dalam sebahagian mazhab Kristian dan Yahudi disokong oleh teks-teks kitab mereka dan lebih syadid atau keras dalam amalannya. Pemakaian tudung dalam masyarakat Muslim hanya dianggap sebahagian daripada syariat pada tahun 1970-an.

Sheikh Javed Ahmad Ghamidi

Sheikh Javed Ahmad Ghamidi merupakan Ulama Pakistan yang berpendapat bahawa kewajipan bertudung hanyalah terpakai kepada isteri-isteri nabi sahaja.

Allah hanya menyuruh untuk menundukkan pandangan, memakai pakaian yang sopan dan tidak menayangkan barng hiasan peribadi kepada bukan mahram.

Sahabat Ulama beliau yang lain seperti, Farhad Shafti dan Moiz Amjad dalam fatwa mereka mempunyai nada yang sama dengan Sheikh Javed, perkataan khimar tidak membawa maksud “tudung kepala” dan bukan perintah wajib dalam agama.

Sheikh Abdullah bin Bayyah

Sheikh Abdullah bin Bayyah merupakan Ulama dunia tersohor, pernah mendapat pendidikan di Universiti Jeddah, Arab Saudi mengambil pendekatan “keperluan”. Jika terdapat kesusahan untuk memakai tudung seperti kisah isteri-isteri Nabi, Saidatina Aishah and Umm Salamah yang tidak menutup rambut mereka semasa membantu sekumpulan askar di medan perang.

Beliau juga memetik pendapat Ibn Ashur yang membenarkan wanita untuk tidak menutup rambut mereka di tempat awam. Sheikh Abdullah juga menegaskan bahawa, “undang-undang itu dicipta untuk berkhidmat kepada insan, bukan kita yang berkhidmat untuk undang-undang. Kita dicipta untuk mentaati Allah, jadi jika undang-undang tidak berkhidmat untuk insan malah memudaratkan, kita berhak untuk meninggalkannya…”

Ibn ‘Ashur, Maqasid al-Shar’iah, m/s. 139-40.

 

Dr. Musdah Mulia

Dr. Musdah Mulia, Ulama wanita Indonesia mengatakan keberatan beliau untuk mewajibkan pemakaian tudung walaupun beliau sendiri memakai tudung. Ini kerana, apa yang penting ialah bercakap dari lensa keadilan, iaitu tiada kewajipan dalam Islam yang mengatakan rambut itu aurat dan Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Jadi pendekatan yang perlu diambil ialah, memberikan kebebasan kepada kaum wanita untuk memilih tanpa paksaan.

 

Bacaan lain:

1- Jilbab, Kewajiban atau Bukan?: http://www.dw.com/id/jilbab-kewajiban-atau-bukan/a-19388111

2- 5 Muslim Scholars On The Permissibility Of Not Wearing The Headscarf: http://www.huffingtonpost.ca/junaid-jahangir/islam-wearing-hijab_b_14046520.html

3- Women in the Middle East: A History: http://www.truthdig.com/images/eartothegrounduploads/KEDDIE_Book-1.pdf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *