Centhra & PAFI: Pertubuhan Hak Asasi Palsu

Sejak kebelakangan ini, kumpulan hak asasi manusia palsu banyak ditubuhkan dan didanai oleh kerajaan untuk melawan deklarasi dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa.

Pertubuhan Amal Firdausi (Pafi) yang kononnya mengakui bahawa mereka adalah aktivis pembela hak LGBT, pada masa yang sama masih menanam kebencian dan tanggapan “dosa” dan “jijik” dan senyap seribu bahasa tentang penangkapan, penahanan, gangguan seksual oleh pegawai agama dan penindasan lain terhadap golongan LGBT yang tertindas ini. Ilmu sains, psikologi, pendidikan seksual dan tafsir agama tidak pernah pun dikuasai oleh mereka, tiba-tiba mahu menjadi “pakar pemulihan”. Astaghfirullah…

Sama juga seperti Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), tidak lain tidak bukan didalangi oleh manusia yang pengecut dalam mengatakan perkara benar dalam isu hak kemanusiaan dan lemas dalam sistem korup sedia ada bersuapkan wang dan pangkat.

Di laman web CENTHRA, terlalu banyak penyalahgunaan terma dan konsep menimbulkan tanda tanya hala tuju mereka sebagai organisasi hak asasi manusia. Sedikit komen umum:

CENTHRA aims to provide a proper platform to articulate the Malaysia Muslim model of human rights while contributing to the broader perspective of the human rights debate within all secular, particular Abrahamic, to serve the purpose of broadening the human rights debate to all nations and cultures by adopting the term Human Rights Equity in its formulations.

Gambar 1: Apakah maksud “CENTHRA ingin mewujudkan platfom untuk membicarakan model hak asasi manusia Islam di Malaysia”? Adakah ia membawa maksud, CENTHRA menggunakan agama untuk terus melakukan penindasan yang Rasulullah tidak pernah lakukan? menangkap, menahan dan memenjarakan aktivis, golongan minoriti agama, ahli politik berlainan parti, pendapat dan pemikiran?

CENTHRA strives towards the establishment of a more equitable human rights understanding where its implementation addresses conflicts with religious law and tradition, particularly of Islam, brought about by the existing Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, the the International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR) 1966, and the International Convention on Economic and Social Rights (ICESR) 1966, which all form the International Bill of Rights. This alternative understanding and approach is thought crucial if these international human rights instruments are to be truly thought of and realised as universal.

Gambar 2: Sekali lagi, apakah model Islami UDHR, ICCPR dan ICESR versi CENTHRA? Pertanyaan paling penting ialah, apakah sumbangan kumpulan fundamentalis dan Islamis seperti CENTHRA, IKSIM dan ISMA ini dalam mengangkat hak asasi manusia? Mangsa Akta Hasutan dan SOSMA yang didakwa atas kesalahan picisan yang dipolitikkan, hak orang asli yang tempat tinggal mereka dirampas dan diceroboh oleh tali barut kapitalis syaitan dan amalan hak berpendapat dan berekspresi aman yang disekat di atas alasan momokan agama? Atau agama itu dipolitikkan? Takut Allah atau orang politik??

The Universal Declaration of Human Rights

The Universal Declaration of Human Rights was introduced in 1948. Much of it was drafted by the victors of the Second World War as a basic framework of rights for the international community following the devastation of  war. The few Muslim states represented during the early drafts of this declaration abstained or rejected the same aspects of the declaration due to various reasons, among them being the issue of apartheid, inadequate condemnation of fascism and nazism. In 1981, Said Rajaie-Khorassani—the post-revolutionary Iranian representative to the UN— summed up the position of UDHR, by saying that it was a relativistic “secular understanding of the Judeo-Christian tradition”, which could not be implemented by Muslims without trespassing Islamic law. 

Gambar 3: Kata-kata Said Rajaie-Khorassani, Wakil PBB negara bermazhab Syiah “laknatullah” dirujuk oleh CENTHRA? Pertama, sejak bila model Islami Malaysa mengiktiraf individu berkiblatkan mazhab yang menghina para sahabat, memukul diri sendiri pada hari karbala dan kahwin muta’h dihalalkan? Kedua, di mana terletaknya perjuangan hak asasi manusia CENTHRA, ketika mereka menjunjung Iran sebagai model hak asasi manusia? Sudah tentu Iran tidak bersetuju dengan UDHR, supaya mereka dapat membunuh dan menghancurkan lagi golongan minoriti Sunni di negara mereka. Adakah orang CENTHRA seperti Dr Mohamed Azam Adil dari IAIS buat-buat tak tahu? Atau lihatlah betapa samanya kita dan Iran? Bukankah kita juga campak penganut Syiah ke dalam penjara?

The UPR

The Universal Periodic Review (UPR) is a unique process which involves a periodic review of the human rights records of all 193 UN Member States. The  UPR is a significant innovation of the Human Rights Council which is based on equal treatment for all countries.

Gambar 4: Pertubuhan sia sia seperti ini dengan menggunakan dana rakyat patut dilupus. Pihak PBB sudah sedia maklum tentang kewujudan CENTHRA dan kumpulan-kumpulan lain yang bertopengkan Hak Asasi Manusia dari Malaysia.

Farouk A Peru yang merupakan kolumnis Free Malaysia Today dalam
komentarnya menyatakan:

“Jika sesuatu organisasi itu mendakwa diri mereka sebagai pejuang hak asasi, ia dipandang mulia dan dibela segenap lapisan masyarakat.

CENTHRA adalah organisasi yang mempunyai mandat yang cukup hebat bunyinya, iaitu mendirikan suatu pemahaman hak asasi manusia yang kononnya lebih seimbang daripada hak asasi manusia yang universal daripada Perubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maksud “lebih seimbang” di sini ialah “lebih selari dengan nilai-nilai menindas”…

Baru-baru ini, jurucakap Centhra, Azril Mohd Amin, mendakwa gerakan evangelisme dalam agama Kristian di Malaysia patut dibendung.”

Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada setiap rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing. Benar, mereka tidak dibenarkan berdakwah kepada orang Islam tetapi Jerusalem Jubilee tidak pernah dibuktikan berbuat begitu.

Jadi di mana hak asasi manusia yang sepatutnya diberikan kepada orang Kristian beraliran evangelisme?

Jika Azril dan kuncu-kuncunya benar-benar memperjuangkan nilai Islam, mengapa mereka membuat tuduhan melulu tanpa menunjukkan sebarang bukti? Ini sudah bercanggah dengan prinsip Al-Quran sendiri (Al-Isra’, ayat 36).

Adakah Azril memprotes acara sebegini yang sebenarnya seperti Kristian evangelikal di Amerika Syarikat?

Keharmonian di antara agama itu sebenarnya perkara “give and take”, tolak ansur. Centhra tidak peduli apabila agama lain diperlekehkan tetapi cukup mengesyaki agama lain tanpa bukti.

Ia sebenarnya bukan memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi hak untuk menindas golongan lain.


Bacaan lanjut: Centhra and IKSIM need to get a griphttp://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/centhra-and-iksim-need-to-get-a-grip-azrul-mohd-khalib

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *