Menara.my Ejen Namimah Ekstremis

Pautan click-bait menara.my bukan sekadar laman web cybertroopers ekstrem yang lain. Kandungan berbaur fitnah dan berunsurkan informasi namimah menunjukkan kepada kita bahawa akhir zaman sudah pun hampir. Ledakan panas yang kononnya ingin mempertahankan Islam dengan menggunakan serangan peribadi terhadap individu-individu yang berlainan pendapat, malangnya, sekilas ikan di air, sudah tahu bahawa mereka ini tidak tumpah seperti golongan ejen zionis dan ekstremis yang ingin memecahbelahkan negara berperlembagaan dan masyarakat majmuk di Malaysia.

Daesh atau ISIS juga menggunakan taktik sama, menanam kebencian dan namimah di dalam hati manusia kemudian menghasut untuk menggunakan keganasan tanpa belas kasihan. Abu Jahal juga menghasut kafir Quraisy dan keluarga nabi lain supaya tidak beriman dan menentang Rasulullah. Lihatlah, betapa namimah dan kebencian boleh membawa kepada kemurkaan Allah dan kemudaratan ke atas hubungan kekeluargaan yang maha dahsyat.

Namimah bermaksud adu domba iaitu usaha untuk membuat orang lain saling bermusuhan, mengotori kejernihan dan ketenteraman masyarakat. Sikap namimah sangat dibenci Islam kerana Allah berfirman:

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.” (Al-Humazah: 1)

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah.” (Al-Qalam: 10-11)

Rasulullah telah bersabda:

“Yang amat dicintai Allah Swt. ialah yang terbaik akhlaknya, yang dermawan lagi gemar menjamu orang, … sedang yang amat dibenci di sisi Allah ialah orang-orang yang suka berjalan dengan berbuat adu domba, yang memecah belah antara saudara-saudara, lagi pula mencari-cari alasan untuk melepaskan diri dari kesalahan-kesalahan”. (H.R. Ahmad)

Oleh itu, penulis mengajak penulis menara.my dan masyarakat supaya mempamerkan akhlak yang mulia, kerana mempamerkan akhlak mulia dan timbang tara dalam sesuatu perkara itu juga salah satu cara umat Islam mempertahankan agama.

One thought on “Menara.my Ejen Namimah Ekstremis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *