Majlis Ulama Maroko Tarik Balik Hukuman Mati ke atas Orang Keluar Islam

Majlis Ulama Maroko telah menarik balik fatwa yang dibukukan pada tahun 2012 mengenai hukuman mati ke atas orang yang keluar dari agama Islam.

Walaubagaimanapun, pada tahun ini, Majlis Ulama Maroko dengan lantang menyebut dalam fatwanya, hukuman keluar dari agama Islam bukanlah isu agama tetapi isu politik yang dikaitkan dengan “pembelot negara”. Tidak ada satu pun ayat Al Quran pun menyentuh tentang hukuman mati selain hukuman akhirat (Surah Al Baqarah, Ayat 217).

Tidak ada hukuman terhadap orang yang keluar dari agama Islam bukan baru, ia sudah lama wujud dalam pendapat Ulama Sufyan al-Thawri pada kurun pertama.

Majlis Ulama Maroko telah mengkaji sirah Nabi Muhammad dan Abu Bakar As Siddiq yang pernah menjatuhkan hukuman mati dan sebahagian waktu lain tidak menguatkuasakan hukuman tersebut. Jadi, keputusan itu dibuat berdasarkan objektif politik bukan agama kerana orang yang keluar dari agama Islam berkemungkinan akan mendedahkan rahsia rasmi kepada pihak musuh dan dianggap sebagai pembelot untuk menjatuhkan negara Islam.

Perjanjian Hudaibiah membuktikan Nabi Muhammad membenarkan rakyatnya yang telah memeluk Islam kemudian keluar, untuk kembali kepada kaum Quraisy, musuh masyarakat Islam paling berkuasa pada ketika itu. Rasulullah juga membiarkan rakyat Badwi yang mahu meninggalkan agama Islam.

Di Malaysia beberapa ahli akademik dan Ulama menyokong tindakan seperti ini, seperti Dr Chandra Muzaffar. Beliau ketika bercakap di IRF Regional Conference on: Freedom of Religion in the 21st Century Muslim Societies menjelaskan bahawa, keluar dari agama Islam boleh mengundang kemurkaan Allah tetapi manusia dan pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukuman mati kerana tiada asas dalam Islam.

Islam itu agama rahmat untuk sekalian alam. Naluri dan takat pemikiran seseorang tidak sama antara satu sama lain dan sama sekali tidak boleh dihalang selagi mana tidak menyebabkan keganasan. Lihat bagaimana ISIS, Taliban dan penguatkuasa agama menggunakan hukuman bunuh terhadap sesiapa sahaja mengikut tanggapan mereka sebagai “kafir”, “sesat” atau “murtad”. Ini merupakan bida’h dan kesyirikan terbesar dengan mengambil alih tugas Tuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *