Maryam Mirzakhani, Muslimah Terunggul Abad Ini Meninggal Dunia

The late math genius, Maryam Mizakhani.

Maryam Mirzakhani dilahirkan di Tehran, Iran dan mendapat pendidikan sarjana muda di Universiti Teknologi Sharif, Tehran pada tahun 1999. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kemudian, dilantik menjadi Professor Matematik di Universiti Princeton sebelum berpindah ke Universiti Stanford pada tahun 2008.

Pada tahun 2014 Maryam Mirzakhani dinobat sebagai pemenang Pingat Fields wanita pertama disampaikan 4 tahun sekali dan disifatkan seperti anugerah Nobel Matematik. Beliau telah dicalonkan oleh kerana kerjanya yang berkaitan dengan geometri kompleks dan sistem dinamik.

 

Sejak di bangku sekolah lagi, beliau telah memenangi pingat emas di International Mathematical Olympiad, 2 tahun berturut-turut pada tahun 1994 dan 1995.

Menurut kenyataan media Universiti Stanford, Marya, Mirzakhani mempunyai kepakaran dalam bidang teori matematik seperti moduli spaces, teori Teichm├╝ller, geometri hyperbolic, teori Ergodic dan geometri symplectic yang membolehkan beliau menerangkan secara terperinci tentang kekompleksan geometrid dan dinamik pada permukaan melengkung-sfera, bentuk donat dan juga amoeba.

Ketika berkerja di rumah, beliau sering menconteng fomula-fomula dan membuat lakaran di atas helaian kertas yang menyebabkan anaknya beranggapan bahawa semua itu adalah hasil lukisan artistik ibunya.

Namun, beliau telah meninggal dunia pada 15 Julai 2017 pada umur 40 tahun di sebuah hospital di Amerika Syarikat akibat barah. Rakan Maryam Mirzakhani, Firouz Naderi, yang juga bekas pengarah Solar Exploration Systems di NASA, mengumumkan kematiannya di Instagram, “Satu cahaya terpadam hari ini. Ia menghancurkan hati saya, pergi jauh terlalu awal. Seorang bijak pandai? Ya. Tetapi juga seorang anak perempuan, seorang ibu dan seorang isteri,”

Presiden Universiti Stanford, Marc Tessier-Lavigne menggelar Maryam Mirzakhani sebagai pakar teori matematik bijak yang mampu memberi inspirasi kepada ribuan wanita untuk berkecimpung dalam bidang sains dan matematik.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *