Menara.my Dibayar untuk Menfitnah Pemikir Islam

Tidak asing lagi, portal dikepalai dan didanai oleh dajal iaitu menara.my membuktikan kebingungan mereka dalam wacana antara agama dan kemanusiaan. Baru-baru ini, Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti terkemuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak terlepas dari fitnah dan provokasi menara.my yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum. Dr. Maszlee Malik telah banyak memberi sumbangan dalam wacana Islam terkehadapan di Malaysia.

Sudahlah tidak menggunakan nama sebenar dalam menulis untuk memaparkan integriti mereka sebagai sebuah portal “Islam”, etika kewartawanan juga jauh menyimpang ibarat anjing menyalak di bukit. Dr Maszlee Malik telah memberikan respon beliau terhadap portal dajal menara.my di page fecebooknya:

Bukan itu sahaja mereka jugalah yang mengeluarkan poster fitnah ini:

Lantas ditepis oleh Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin:

Dr. Maslee Malik di forum anjuran badan pemikir Kristian Kairos Dialogue Network menyeru kumpulan Kristian supaya lebih melibatkan diri dengan pemimpin Islam, bagi mengelakkan kontroversi akibat salah faham seperti dalam isu seruan mengharamkan Evangelikalisme Kristian.

Beliau menyeru lebih banyak dialog diadakan dengan tokoh Islam seperti Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, serta pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Jangan jadi seperti kumpulan IKSIM, ISMA, CENTHRA dan dalang Intellectual Wisdom (Rehan Ahmad, Mohammad Ridzuan Abdul Rahim dan Muhammad Farish Abd Majid) yang merupakan penggerak portal fitnah menara.my ini, dibayar untuk menaip kata-kata fitnah dan mencari mangsa mereka untuk keesokan harinya. Contohilah pemikir-pemikir Islam kontemporari dan NGO-NGO yang menggalakkan wacana Islam baru dan segar yang bertungkus-lumus dalam memastikan perpaduan negara terus dipelihara, menyelesaikan ketegangan keagamaan dan turun padang berdialog dengan masyarakat majmuk. Untuk melakukan kebaikan bukan mudah, ada sahaja golongan yang ingin menghancurkan usaha murni tersebut.

Persoalan yang timbul, dari mana datangnya dana menara.my ini? Adakah secara langsung dari jabatan agama? Nantikan.

 

 

Bacaan lanjut:

  1. Forum: Pemimpin Kristian perlu libatkan diri dengan pemimpin Islam – http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/08/forum-pemimpin-kristian-perlu-libatkan-diri-dengan-pemimpin-islam/
  2. my Ejen Namimah Ekstremis – https://menara-my.com/ejen-namimah-ekstremis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *