Menara.my Serlahkan Kejahilan Di Hadapan Dr. Amina Wadud

Dr. Amina Wadud

Akibat gagal menguasai ilmu Bahasa Inggeris asas, sebuah portal yang maklum gigih mengejar populariti murahan menara.my sekali lagi memfitnah Dr Amina Wadud menjantinakan Allah. Ikuti thread tweet penuh di sini.

Perbincangan yang asalnya bermula di Twitter berkisar sebuah artikel berasingan bertukar dengan putarbelit jijik menjadi isu ‘memfemininkan’ atau ‘memperempuankan’ Allah tanpa pucuk pangkalnya. Tidak perlu kepada kepakaran yang tinggi dalam ilmu linguistik jika Akidah Tauhid jelas apakah Allah itu berjantina ataupun tidak. Sudah sekian lama Bahasa Inggeris menggunakan kata ganti nama maskulin ‘He’ merujuk kepada Allah, tidak pula dipertikai. Sama juga Bahasa Arab dalam Al-Quran yangmana Allah sendiri memakai ganti nama maskulin ‘Hua’ namun tiada perdebatan Allah melelakikanya/memaskulinkan diri-NYA sendiri. Perdebatan ini tidak pun berlaku dalam dunia Nusantara kerana “Dia” menunjukkan jantina neutral. Ahli falsafah Islam di kurun ke-12, Ibn al- ‘Arabi merujuk Allah dan sifatnya dalam kata nama feminin.

Apa pun, tasawwur Islam umum jelas, Allah tidak berjantina, beranak atau diperanakkan, atau semisal apapun makhluk seperti firman-Nya dalam Surah Al-Ikhlas ayat 4: “Dan tiada yang serupa dengan-Nya”.

Sekian lama kita tahu kata ganti nama bukanlah polemik signifikan untuk didebatkan seperti berdebatnya sebahagian golongan berkaitan perkara-perkara mustasyabihat (perkataan mempunyai banyak makna) yang tidak memberi faedah bahkan merugikan ummat seperti difitnah portal propaganda tersebut.

Allah menisbahkan dirinya juga dengan kata ganti nama ‘Kami’ dan alim ulama Islam tidak berpendapat Allah itu bilangannya jamak atau banyak sebab jelas nas bahawa Dia adalah ‘Ahad’ ataupun kata mudah satu. Nampaknya fitnah terus menjadi makanan ruji ‘penulis’ hingusan berbayar ini dengan memperalat Islam demi tujuan hawa nafsu serakah mereka . Inilah wajah yang kononnya mahu membela Islam tapi langsung tidak menggambarkan nilai-nilai Islami. Sekali gus, persoalan yang timbul di sini ialah, aqidah Islam apa penulis-penulis menara.my ini berpegang sehingga cuba mempertahankan Allah itu mempunyai jantina?

Bacaan lain:

  1. Inside Allah, The One Divine Mother And The Conscience Of Islam – http://www.huffingtonpost.ca/shahla-khan-salter/inside-allah-the-one-divivine_b_8923392.html
  2. Islam and the Divine Feminine – http://www.patheos.com/blogs/wrestlingwithyourself/2013/05/islam-and-the-divine-feminine/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *