Mengenai Kami

Dewasa ini, masyarakat kita dilanda amukan kebencian dan prejudis disebabkan oleh propaganda segelintir puak pelampau agama terutamanya melalui media sosial.

Kami ingin membina masyarakat Nusantara yang bertoleransi, berfikiran kritis dan menolak ekstremisme dan budaya fitnah-menfitnah.

Kami ingin mengajak masyarakat Nusantara supaya menghayati kembali prinsip keagamaan seperti ihsan, kemanusiaan dan keamanan.

Anda tahu, fitnah itu dosa besar, perbezaan pendapat itu lumrah manusia sejak azali dan manusia bukanlah dicipta dalam kelompok budaya dan kepercayaan tunggal. Jadi mengapa perlu menggunakan paksaan dan kekerasan?