Orang Agama Bergaduh: IKSIM dan Dalang menara.my Tepuk Tangan

Mohammad Ridzuwan Abdul Rahim rakan karib Rehan Ahmad, felo di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), sama-sama merupakan penulis portal dajal menara.my dan pendokong pemikiran golongan ahbash (gemar mengkafirkan dan menyesatkan Muslim lain) seperti mursyid mereka Zamihan Mat Zin.

Mereka merupakan penentang kepada dakwah Islam sebenar terutamanya yang dibawa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri dalam mementingkan tabayun atau mencari kejelasan tentang sesuatu hingga jelas benar keadaannya. Bukan terus tuduh melulu dan melemparkan kata-kata kesat dengan mengambil ayat dari Al Quran dan hadis Nabi.

Zamihan Al Ahbashi juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) telah membuat pembentangan di hadapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihadiri oleh pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang kesesatan Mufti Wilayah. Antara tohmahan yang dilemparkan ialah Mufti Wilayah seorang Wahabi kafir, perlu letak jawatan, tiada integriti dan pengikutnya perlu ditangkap.

Portal dajal menara.my sudah beberapa kali menyokong kenyataan Zamihan dalam penulisan mereka dan menganggap Zamihan sebagai Mahaguru Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan berikrar untuk hapuskan pemikiran sesat lain seperti Salafi Saudi diketuai oleh Fathul Bari Mat Jahya juga Exco Pemuda UMNO yang sekarang giat merombak sukatan pelajaran pendidikan negara kepada model Saudi, Salafi Ikhwani diketuai oleh Dr Asri Zainal Abidin juga Mufti Perlis dan lain-lain lagi.

Virus dajal sudah merebak di dalam institusi agama seluruh negeri. Tidak terkejut jika rakyat Malaysia antara tali baru kumpulan militant terbanyak di Asia tenggara oleh kerana penyebaran pemikiran ahbash ini. Lebih sedih, dana negara dibiaya oleh rakyat digunakan untuk mencetuskan pergaduhan antara rakyat, lebih-lebih lagi oleh portal dajal menara.my. Tunggu lagi 5 tahun, negara ini akan jadi seperti di timur tengah, bertumpah darah kerana ideologi ekstrem, mahukah kita?


Bacaan lain:

  1. Bahaya pemikiran kelompok Ahbash – http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1122&sec=Rencana&pg=re_08.htm
  2. Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan – http://penpasksgb.blogspot.my/2017/04/mufti-wilayah-patut-letak-jawatan.html
  3. Zamihan bentang dakwaan ‘penyelewengan’ mufti Wilayah – http://www.malaysiakini.com/news/384942

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *