Salafi-Wahabi Ikrar Banteras Fahaman Sufi-Asyai’rah Sesat JAKIM, IKSIM

Fathul Bari Mat Jahya, merupakan graduan Universiti Madinah juga Exco Pemuda terkenal dengan dakwah salafi kerasnya dalam mengharamkan segala bentuk perkara yang bertentangan dengan amalan atau pegangan Islam di Arab Saudi atau lebih dikenali sebagai Salafi Wahabi. Baru-baru ini, dalam videonya, haram bagi seorang lelaki untuk memakai pakaian yang berwarna merah atau kuning tanpa mengambil kira perbezaan adat di Malaysia.

Fahaman keras berasal dari Arab Saudi ini juga semakin membiak dengan pengaruh ekonomi dan politik Arab Saudi di Malaysia. Fathul Bari berkerja rapat dengan kerajaan Malaysia dalam membendung bida’h dari fahaman Sufi dan Asyai’rah, kerana dianggap fahaman ahli neraka jahanam dan terrorisme di mana ramai pengikutnya berada di Jabatan Agama Islam setiap negeri termasuk JAKIM dan IKSIM yang juga didanai oleh kerajaan.

Fathul Bari bercakap di perhimpunan UMNO

Malah Fathul Bari sekarang bekerja aktif dalam merombak sukatan pelajaran pendidikan negara ke arah pemikiran Salafi Wahabi. Pada masa yang sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penganut fahaman terorisme atau militan bermula dari perkembangan ideologi Salafi Jihadi juga merupakan pendapat Zamihan Mat Zin Al Ahbasyi, bekas Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ditukarkan ke JAKIM gara-gara ketegangan fahaman di pucuk pimpinan Jabatan Agama.

Fathul Bari telah dilarang oleh beberapa negeri dari memberi ceramah di Johor dan dalam proses mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kerana didakwa tidak mempunyai tauliah. Tiada komen dari JAKIM dan Jabatan Agama negeri lain berkenaan dengan kes Fathul Bari yang mencabar institusi agama Islam ibarat Siti Kasim. Walaupun Fathul Bari dalam ceramahnya menggesa umat Islam supaya wajib taat dengan pemerintahan negara tanpa soal, tetapi dalam hal ini institusi keagamaan boleh dicabar untuk penyebaran fahaman Salafi-Wahabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *